CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Saturday, March 30, 2013

DiaRi 6 : CoLd AppEtiZeR, SaLaD & dResSinG...

Assalamualaikum w.b.t

dan selamat malam sy ucapkan..dah bace tajuk entri mesti ada tertanye-tanye ape laa yang dimaksudkan dengan cold appetizer, salad and dressing tuu..untuk kelas amali minggu ini, kami belajar menyediakan hidangan ini...through this entri, syazmeera akan bagi sedikit sebanyak info pasal cold appetizer, salad & dressing serta beberapa resepi nya..for your information, appetizer ni terbahagi kepada 2 jenis iaitu cold appetizer & hot appetizer..untuk entri yg lpas kite dh bncngkn hot appetizer..so, entri ni kita blajar cold la plak ye..cold appetizer ni merupakan hidangan pembuka selera yang dihidangkan sejuk..contohnya adalah aneka salad, cocktail dan canape..nak tahu selanjutnye, bace entri ni sampai habis ye..hehe..jom tengok satu persatu ape kebenda gamaknye yee..hehe

SALAD

PENYEDIAAN SALAD (SERVE A SALAD)

Appetizer Salad 
merupakan salad pembuka selera..
~ salad yang ringan bertujuan untuk membangkitkan selera makan..
~ contohnya caesar salad, potato salad..

caesar salad



Side Salad
~ dihidangkan bersama dengan hidangan utama (main course)..
~ biasanya dihidangkan dalam kuantiti yang sedikit..



Main Course Salad
~ dihidangkan sebagai hidangan utama..
~ mengandungi daging lembu dan ayam (heartier fare)





Palate Cleansing Salad
~ dihidangkan selepas hidangan utama..
~ melancarkan penghadaman di dalam perut..


                                                 
Dessert Salad
~ dihidangkan sebagai pencuci mulut..
~ terdiri daripada buah-buahan, kekacang dan krim..




JENIS-JENIS SALAD
1) Green Salad ~ terdiri daripada tumbuhan hijau
2) Vegetable Salad ~ terdiri daripada sayuran campur seperti tomato, kubis, lobak merah..
3) Bound Salad ~ campuran daging, ayam dan ikan..

DRESSING 

Dressing merupakan sos yang digunakan untuk menggabungkan rasa salad..dressing boleh terdiri daripada vinaigrette, creamy (mayonis) dan cooked (campuran telur kuning)..kalau kawan2 nak buat salad yang sedap, letak la dressing ni mengikut citarasa masing2...

vinaigreete, mayonis & egg yolk sauce


Hors d' Ouerves
Hors d' Ouerves merupakan hidangan appetizer yang bermaksud makanan untuk satu suapan...cara sebutannya adalah or-def..lebih kurang la..hehe...Hors d' Ouerves  terdiri daripada 2 jenis iaitu canape & crudite...hidangan pembuka selera ini disediakan dalam bentuk yang kecil dan dihias dengan cantik..

canape
crudite 

okayy..sekarang kita tengok pula macam mana nak sediakan cold appetizer ni...antara resepi yang syazmeera telah sediakan ialah mayonis, basic vinaigrette, deviled egg, potato salad & shitake canape...nak tahu macam mana nak sediakan, check these out!!!


MAYONIS
Bahan2:
4 biji telur kuning
6 ml cuka
2 tsp garam
2 tsp mustard kering
200 ml salad oil
10 ml cuka 
10 ml jus lemon

Cara Penyediaan:
1. pukul telur kuning sehingga gebu. masukkan cuka dan pukul sehingga sebati..
2. masukkan bahan-bahan kering dan kacau rata.
3. masukkan salad oil perlahan-lahan sedikit demi sedikit..
4. apabila mayonis memekat, kurangkan kepekatan dengan sedikit cuka. kacau berselang-seli 
    dengan lebihan minyak..
5. sesuaikan rasa dan kepekatan menggunakan jus lemon..




BASIC VINAIGRETTE
bahan2 :
20 ml cuka
1/2 @ 1 tsp garam
35 ml salad oil

cara penyediaan:
1. campurkan semua bahan dan kacau hingga sebati..
2. kacau lagi sebelum digunakan..



DEVILED EGG
bahan2 :
3 biji telur
50 ml mayonis
30 g yellow mustard
50 g lada/cili benggala & hijau 
50 g bawang
garam

cara penyediaan :
1. rebus 3 biji telur. letakkan sedikit cuka dan garam supaya tekstur telur cantik..
2. telur yang siap direbus dipotong dua. keluarkan telur kuning dan kumpulkan di dalam bekas..
3. hancurkan telur kuning tersebut. jika hendak pedas dan lemak sedikit, tambahkan mayonis dan cili..
4.paipkan atau ambil satu sudu kecil telur kuning yang telah dicampur tadi dan letakkan semula ke dalam 
   telur putih tersebut..
5. hiaskan mengikut kreativiti..




SHITAKE CANAPE
Bahan2 :
20 gm cendawan shitake
3 keping roti putih
3 kepingan isi ayam Turki-dihiris kecil
5 biji tomato ceri
200 gm Tuna (di dalam tin)
daun salad secukupnya
mayonis secukupnya

cara penyediaan :
1. roti putih dipotong saiz kecil dan dipelbagaikan jenis potongan supaya kelihatan menarik. asingkan..
2. kemudian, hancurkan isi ikan tuna dengan sudu di atas roti yang dilapikkan dengan daun salad. sapukan 
    pula mayonis secukupnya di atas inti..
3. setelah itu, susunkan kepingan isi ayam Turki dan tomato ceri..
4. akhir sekali, letakkan roti berinti tadi di atas cendawan shitake yang telah direbus..
5, sedia untuk dimakan..




POTATO SALAD
Bahan2 :
500 gm kentang waxy
55 ml basic vinaigrette
1 gm garam
1 gm lada sulah
55 gm seleri, dipotong dadu kecil
20 gm bawang Holland, dicincang halus
10 gm daun parsli-dicincang
70 gm mayonis
2 helai daun salad-hiasan
6 hirisan lada merah di dalam botol (pimiento strips)



cara penyediaan:
1. basuh kentang dengan bersih. masak sehingga empuk. jangan terlebih masak..
2. toskan kentang tersebut..sejukkan..
3. kupas kulit kentang. potong kepasa 1.5 cm kiub...
4. campurkan vinaigrette, garam dan lada sulah..masukkan kentang dan gaul sekata tanpa merosakkan 
    teksturnya..
5. sejukkan di dalam peti ais..
6. masukkan seleri, bawang dan parsli..gaul perlahan-lahan..
7. masukkan mayonis..gaul sekata..simpan di tempat sejuk sehingga masa menghidang..
8. susun salad di atas pinggan...
9. letakkan kira-kira 125 gm salad di atasnya dengan menggunakan scoop..
10. hiaskan dengan pimiento strips dan simpan di dalam peti ais..keluarkan untuk dihidang...






dah siap untuk kesemua hidangan pembuka selera..simple je kn..selamat mencuba kawan2...okay la..syazmeera dah mengantuk daa ni...kita jumpa di entri seterusnya...stay tunee!! adios..good night...assalamualaikum...:)

































2 comments:

era rusli

Terima kasih berkongsi ilmu. Semoga jadi asbab pahala berpanjangan.

Unknown

good

Post a Comment