CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Friday, April 5, 2013

DiaRi 7 : PaSta....

Assalamualaikum w.b.t...

hai semua...berjumpa lagi di entri untuk diari ke 7 ini..sebelum nak balik kampung untuk cuti midsem ni, sempat lagi syazmeera tulis untuk entri ni..yela..rumah kat kampung tak ada internet..so, kena la buat siap jugak sebelum balik..baru boleh balik dengan aman..hohoho...

untuk diari pada kali ini adalah berkisarkan tentang pasta..syazmeera pasti mesti semua penah rasa pasta ini..minggu ini, kelas amali masakan barat kami adalah bertemakan pasta..so, untuk entri ni, syazmeera akan bercakap pasal pasta iaitu tentang jenis2 pasta..hidangan pasta...resepi pasta...nak tahu semua tu, baca sampai habis yee...

okay la..untuk pengetahuan kawan2 semua, pasta ni berasal daripada negara Italy yang merupakan makanan ruji masyarakat di sana kerana pasta adalah sumber karbohidrat yang baik selain mengandungi protein..wahh..agak-agak kawan2 boleh tak makan pasta hari2?? sama tak dengan nasi?? kalau syazmeera la tak kot..sebab nasi adalah pilihan utama..hihihi..pasta diperbuat daripada campuran tepung semolina iaitu sejenis tepung yang berasal daripada spesies durum, air, telur dan garam..campuran ini akan dibentuk menjadi pelbagai saiz dan bentuk...

for your information, terdapat lebih dari 600 bentuk pasta di seluruh dunia..wow! pasta terdiri daripada pelbagai bentuk seperti bentuk panjang iaitu spaghetti (seperti mee), lasagna (nipis dan bentuk empat segi), fettuccine (tiub dan silider), fusilli (berpintal) dan banyak lagi..untuk pasta yang berbentuk kecil pula ialah penne (bentuk pen atau straw), farfalle/bow tie (bentuk kupu2) dan pelbagai jenis lagi..kalau di Malaysia yang popular nya adalah spaghetti, lasagna dan macaroni..betul tak kawan2??untuk jelas lagi, jom tengok gambar di bawah ni..hehe


comel-comel kan bentuk pasta2 ni...okay la..untuk minggu ini, syazmeera telah ditugaskan untuk menyediakan 3 hidangan pasta iaitu spaghetti marinara, chicken ham mushroom macaroni with cheese dan lasagna bolognese..nak tahu resepi2 nya, check these out!!!


SPAGHETTI MARINARA
bahan2 :
300 gm spaghetti
25 gm mentega
15 gm bawang putih-dicincang (mirepoix)
50 gm bawang Holland-dicincang (mirepoix)
20 gm lobak merah-dipotong dadu (mirepoix)
20 gm seleri-dicincang
1 helai daun bay
100 gm udang-dibuang kulit
100 gm sotong-dipotong gelang
2 biji tomato concasse
2 tbsp tomato puri
10 gm daun parsli
garam dan lada sulah secukup rasa


cara penyediaan :
1. didihkan air dan masukkan sedikit garam..
2. setelah mendidih, masukkan pasta dan rebus sehingga al-dente. angkat pasta dan masukkan ke dalam bekas berisi air. toskan dan gaul dengan sedikit olive oil..
3. dalam masa yang sama, hasilkan stok (air rebusan) daripada kulit udang dan kepala sotong..
4. panaskan mentega di dalam periuk dan saute bawang putih, daun bay dan mirepoix sehingga perang. 
5. masukkan tomato concasse, tomato puri sehingga tomato hancur..kecilkam api dan reneh selama 10 minit sebelum dimasukkan udang dan sotong..sesuaikan rasa dan kepekatan dengan menambah stok yang dihasilkan..

*tomato concasse merupakan tomato yang telah dikupas kulit, dibuang biji dan dipotong dadu..tomato hendaklah dicelur dahulu untuk memudahkan kulit tomato dikupas...




CHICKEN HAM MUSHROOM MACARONI WITH CHEESE
bahan2:
50 gm chicken ham
125 gm macaroni
15 g mentega
125 gm susu segar
125 gm whippping cream
2 tbsp keju Parmesan
20 gm keju mozarella
10 g daun parsli-dicincang
10 gm bawang putih
secubit garam
secubit lada putih


cara penyediaan:
1. panaskan kuali dan masukkan mentega. tumis bawang putih sehingga naik bau..masukkan cendawan butang dan saute sehingga sedikit kekuningan..
2. masukkan sedikit susu segar dan juga whipping cream..kacau secara perlahan-lahan..
3. masukkan keju parmesan dan kacau sehingga sedikit pekat..
4. masukkan macaroni yang telha direbus ke dalam kuali..kacau sehingga sebati..
5. perasakan dengan lada putih dengan sedikit garam..
6. sedikan bekas untuk membakar macaroni..
7. masukkan macaroni yang telah dimasak tadi ke dalam bekas..tambahkan sedikit keju mozarella..bakar dalam 15 minit dengan suhu 180 darjah celcius.. 
8.sedia untuk dihidang...


macaroni sebelum dibakar
LASAGNA BOLOGNESE
bahan2:
60 gm keju Ricotta 
10 gm keju parmesan
1 biji telur
1 kotak kepingan pasta lasagna
400 gm sos bolognese (lihat di bawah)
60 gm keju Mozarella-disagat
10 gm keju Parmesan (untuk lapisan paling atas)

cara penyediaan :
1. didihkan air dan masukkan sedikit garam..
2. setelah mendidih, masukkan kepingan pasta dan rebus sehingga al-dente..angkat pasta dan bilas di dalam bekas beisi ais..angkat dan toskan..
3. campurkan kesemua keju ricotta, parmesan dan telur..perasakan dengan garam dan ladda sulah..
4. letakkan lapisan pertama kepingan pasta ke dalam loyang yang telah diglis minyak..kemudian, lapis dengan sos bolognaise untuk lapisan kedua..letakkan kepingan pasta lagi untuk lapisan ketiga dan tuang campuran keju ricotta sebagai lapisan keempat..
5. ulang langkah di atas sehingga semua bahan-bahan habis digunakan..pastikan lapisan atas sekali adalah lapisan campuran keju ricotta..taburkan keju mozarella dan parmesan di bahagian atasnya..
bakar pada suhu 180-190 darjah celcius..tutup loyang menggunakan aluminium foil untuk mengelakkan bahagian atas daripada kering..tetapi buka foil tersebut pada 15 minit terakhir untuk memerangkan lapisan atas lasagna..

SOS BOLOGNESE
Bahan2:
25 gm mentega
6 ulas bawang putih, dicincang

1 biji bawang Holland, dicincang (mirepoix)
20 gm lobak merah-dipotong dadu (mirepoix)                     
20 gm seleri, dicincang
1 helai daun bay
200 gm daging lembu cincang
2 biji tomato concasse
2 tbsp tomato puri
½ tbsp oregano
Secukup rasa   garam dan lada sulah

Cara penyediaan:
1. Panaskan mentega di dalam periuk dan sauté bawang putih, daun bay dan mirepoix sehingga perang.
2.         2. Masukkan daging dan masak sehingga daging mulai perang.
3. Masukkan tomato concasse, tomato puri sehingga tomato hancur. Kecilkan api dan reneh selama 10 minit 
    sebelum dimasukkan oregano. Sesuaikan rasa.





best kan pasta ni..kalau kawan2 nk try buat, selamat mencuba la ye...okay la..syazmeera nk tido dulu..esok dah nak naik bus untuk balik kampung...so, jumpe lagi di entri seterusnya...bye2..adios..gudnite..assalamualaikum w.b.t...:)




1.     

0 comments:

Post a Comment