CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Sunday, April 21, 2013

DiAri 8 : mAiN cOurSe...ChicKeN...


Assalamualaikum kawan2..berjumpa lagi kita di entri ini..cuba kawan tengok gambar di atas...nampak sedap tak??hehe..syazmeera saje nak buat kawan2 rasa lapar di petang2 hari macam ni..hehe..okay la..pada minggu ini syazmeera akan menerangkan serba sedikit mengenai main course atau pun dalam bahasa malaysia nya ialah hidangan utama..pada entri2 sebelum ini syazmeera dah terangkan pasal appetizer, so sekarang meh kita kenali apa yang terdapat pada main course masakan barat ini...

Main course dihidangkan selepas hidangan pembuka selera (appetizer) dan sebelum pencuci mulut (dessert)..main course merupakan set penghidang lengkap yang merangkumi hidangan utama termasuk lah hidangan pengiring..antara contoh-contoh hidangan utama masakan barat yang popular dan biasa terdapat di negara kita ialah chicken chop, beef steak, lamb chop dan fish & chip..betul tak kawan2??

Bahan utama dalam main course ialah bertumpu kepada bahan yang mempunyai sumber protein yang tinggi seperti ayam, ikan dan daging..selain sumber protein ini, main course juga dihidangkan bersama sos seperti black pepper sauce, mushroom sauce, brown sauce dan sos salad seperti sos thousand island dan sos tartar...selain itu, terdapat juga hidangan pengiring yang memberikan sumber vitamin, karbohidrat seperti sayur-sayuran dan ubi kentang...

beef steak
chicken chop
               



nampak sedap kan...okay la..pada minggu ini, bukan resepi chicken chop atau beef steak yang syazmeera akan terangkan..tetapi sejenis main course masakan barat yang dinamakan stuffed chicken served with spinach sauce accompanied with wedges potato and sauted broccoli with carrot...fuhh..panjangnyeee nama..sila rujuk gambar paling atas kalau kawan2 nak tahu...:)..jom kita tengok langkah penyediaan main course ini...


Stuffed Chicken Served With Spinach Sauce Accompanied With Wedges Potato And Sauted Broccoli With Carrot...

Bahan A : Stuff Chicken

Kuantiti
Bahan-bahan
 2 keping
 Dada ayam
 45 g
 Sayur bayam-dicelur
 20 g
 Mentega
 60 g
 Bawang
 100 g
 Cendawan butang
 5 g 
 Parsley
 5 g
 Thyme
 1 helai
 Daun bay
 30 g 
 Keju mozarella
 1 biji
 Telur
 50 g
 Tepung
 300 ml
 Minyak masak
 5 g
Garam
 5 g
Lada sulah



Langkah penyediaan:
1. cairkan mentega..saute bahan yang telah dicincang beserta parsli dan thyme..perisakan dengan garam dan lada sulah..
2. Belah dan buka dada ayam..ketuk sehingga nipis dan lebar..
3. Letakkan bahan yang telah disaute beserta keju yang dihiris nipis di atas kepingan ayam..gulungkan ayam dan cucuk dengan menggunakan toothpick untuk mendapatkan bentuk..
4.Sapu dengan telur dan golekkan atas tepung berperisa..goreng sehingga masak dan buangkan toothpick pada ayam..







Bahan B : Spinach Sauce

Kuantiti
Bahan-bahan
25 g
Mentega
25
Tepung
150 ml
Stok ayam
45 g
Bawang                     
1 peket
Sayur bayam
2 tbsp
Whipping cream
1 helai
Daun bay
5 g
Garam
5 g
Lada sulah



Langkah penyediaan:

1. Sediakan roux..masukkan bahan yang telah dikisar iaitu stok ayam, bawang dan sayur bayam..
2. Masukkan daun bay. masak sos hingga pekat..
3. Masukkan whipping cream dan kacau sehingga pekat..perasakan..




Bahan C : Potato Wedges 

Kuantiti
Bahan-bahan
2 biji
Kentang
3 g
Paprika
3 g
Lada sulah
2 g
Garam
4 g
Tepung
300 ml
Minyak masak



Langkah penyediaan:

1. Rebus kentang sehingga sedikit lembut..
2. Potong kentang mengikut potongan wedges dan perisakan dengan paprika, lada sulah, garam dan tepung..
3. Panaskan minyak dan goreng potato wedges sehingga bewarna kuning keemasan..



Bahan D : Sauted Broccoli & Carrot


Kuantiti
Bahan-bahan
1 tbsp
Mentega
50 g
Brokoli
50 g
Lobak merah
3 g
Garam
3 g
Lada sulah


Cara Penyediaan :
1. Saute sayuran sehingga agak masak..
2. Perisakan dengan garam dan lada sulah jika perlu..







haa...dah siap sediakan semua bahan-bahan di atas, masukkan di dalam pinggan main course dan hiaskan mengikut kreativiti..tadaaaa




bagi yang ingin try masak ni, selamat mencuba..okay la..hanya setakat ni sahaja untuk entri ini..jumpa di entri seterusnya pada minggu hadapan yee...nak tahu entri apa, stay tuneee....ok la..adios..bye2..assalamualaikum..:)

















0 comments:

Post a Comment