ASSALAMUALAIKUM
W.B.T…..
Hai
kwn2..berjumpa lagi kita di entri ini..diari minggu ini adalah bertemakan soup & appetizer (sup & pembuka
selera)..seperti biasa, sebelum memulakan kelas amali masakan barat, tutor
kelas kami iaitu Encik Saiful Azhar Mahat @ Kassim memberikan penerangan
mengenai aktiviti pada kelas minggu ini. Beliau juga memberi penerangan tentang
soup dan appetizer..for your information, hidangan barat terdiri daripada tiga
hidangan iaitu pembuka selera, hidangan utama dan pencuci mulut… Pembuka selera
merupakan hidangan permulaan sebelum hidangan utama (main course) yang
bertujuan untuk membangkitkan selera makan.. Hidangan pembuka selera hendaklah
memiliki rasa yang enak, ringan, menyegarkan, porsi yang sedikit dan disajikan
dengan penampilan menarik.. Appetizer boleh terdiri dripada hidangan panas (canapé,
fritters, sup) atau sejuk (salad, chilled cocktail, shrimp cocktail). Sup merupakan
hidangan pembuka selera yang penting bagi masayarakat barat. terdapat 2 jenis sup iaitu :
i) sup jernih (sup sayur, consomme, bouillon/broth,)
ii) sup pekat (chowder, cream, puree, bisque)
canape |
fruit salad |
bisque |
bouillon |
untuk aktivi kelas amali minggu ini, unit
kami perlu menyediakan 4 hidangan pembuka selera iaitu consomme, garlic bread, seafood chowder dan prawn
cocktail..meh kita tengok satu persatu..
1. Consomme
Bahan2:
100 gm Daging lembu
– dikisar
1 biji Putih telur
500 ml Stok putih
atau perang – disejukkan
100 gm Campuran
lik, celery, lobak merah dan bawang
besar-dipotong mirepoix
25 gm Pes tomato
1 bunjut Sachet (bunga cengkih, lada sulah, thyme)
½ biji bawang besar (onion brule)
bahan-bahan |
1. Campurkan daging, putih telur, bahan mirepoix,
tomato dan 250 ml stok. Biarkan selama ½ jam.
Adunan ini dipanggil clear meat.
Adunan ini dipanggil clear meat.
2. Campurkan baki stok dengan clear meat, sachet
dan onion brule.
3. Rebus hingga mendidih sambil dikacau sehingga
telur berkumpul.
raft-membuang lemak yang timbul di permukaan |
4. Kecilkan api dan biarkan stok merenih perlahan
selama 1 – 1½ jam.
5. Tapis stok tersebut.
6.
Keluarkan baki lemak dengan menggunakan kain
maslin dan paper towel.
7.
Sesuaikan rasanya.
2. Garlic Bread
bahan2:
4 keping roti baguetta yang dipotong
30 g bawang putih
3 tbsp mentega
10 g daun parsley
cara penyediaan:
1. Potong
roti baguetta bersaiz 1 inci ketebalannya.
2. Cincang
bawang putih dan daun parsley.
3. Kemudian
gaulkan bawang putih dan daun parsley bersama-sama dengan mentega.
4. Sapukan
mentega tersebut di permukaan roti dan kemudian bakar dalam oven dengan bersuhu
sederhana selama 3-5 minit.
5. Hidangkan
dengan mana-mana sup.
3. Seafood Chowder
bahan2:
60 gm mentega
1 ulas bawang, dipotong dadu
1 biji kentang, dipotong dadu
1 helai daun bay
500 g makanan laut yang pelbagai, dipotong
dadu (udang, daging ketam, ikan)
1 tangkai saderi
1 ½ cawan susu
1 ½ cawan stok ikan
1 cawan krim
Garam dan lada sulah
cara penyediaan:
1. Cairkan mentega dalam
periuk. Tumis bawang sehingga naik bau.
2. Tambah kentang dan
daun bay.
3. Tambah makanan
laut dan saderi dan tumis selama 5 minit.
4. Tambah susu dan
stok ikan, renehkan dengan api perlahan sambil kacau.
5. Tunggu
sehingga mendidih sebelum masukkan krim.
6. Keluarkan daun bay.
7. Sesuaikan
rasa dan boleh dihidang.
8. Jangan
biarkan sup mendidih selepas krim telah ditambah.
4. Prawn Cocktail
bahan2:
100 gm udang bersaiz
sederhana
100 gm mixed salad
1 keping hirisan lemon
4 tbsp Mayonis
5 gm capers
5 gm gherkin
1tbsp sos cili
cara penyediaan :
1. Buang kulit udang tanpa membuang bahagian ekor.
sos thousand island |
dah siap masak semua, and now time for presentation.....
macam mana kawan2??senang ke susah nak masak appetizer masakan barat ni??hihi..selamat mencuba yee..okay laa...ini sahaja entri untuk diari minggu ini..nak tahu ape diari seterusnyee, stay tunee..tnggu minggu depan yee..bye2..adios..assalamualaikum w.b.t....
0 comments:
Post a Comment