dari cik syaz...
Pada
kelas amali masakan barat minggu ini, kami ditugaskan untuk menyediakan sarapan
jenis American breakfast. Antara menu yang kami sediakan ialah omelet, sunny-side up, poached egg, scramble
egg, French toast dan pancake. Pada minggu ini, unit saya telah ditugaskan
untuk membuat tempahan bahan. Untuk bahagian sajian, kami dikehendaki memilih
mana-mana hidangan telur untuk dihidangkan. Kami memilih scramble egg untuk di
hidangkan.
Sebelum amali memasak bermula, kami sebagai AJK
bahan di kehendaki untuk menunjukkan demonstari membuat scramble egg, omelet,
poach egg, sunny-side up dan juga pancake. Setelah setelah demonstari kami
diarahkan untuk mengambil peralatan untuk aktiviti memasak. Setelah selesai
mengambil peralatan kami diarahkan untuk mengambil bahan. Setelah kesemua bahan
dan peralatan diambil, aktiviti memasak dimulakan. Kami membahagikan tugas
supaya aktiviti memasak dapat dilakukan dengan teratur. Tugas saya adalah untuk
menyediakan pancake, scramble dan juga poached egg. Saya memulakan amali dengan
menyediakan terlebih dahulu adunan penkek dan seterusnya membuat poach egg dan
scramble egg. Hidangan yang lain ditugaskan kepada ahli kumpulan Saya iaitu
Siti Amirah..
Setelah selesai memasak hidangan kami dinilai oleh
kumpulan lapan. Hidangan kami mendapat banyak komen yang positif. Saya
mendapati masalah yang dihadapi ketika melakukan amali ialah kekurangan bahan
yang mungkin menyebabkan proses penyediaan makanan sedikit terganggu. Selain
daripada itu, proses demonstrasi pada mulanya itu memakan sedikit masa. Proses
demonstrasi ini juga sedikit mengganggu proses penyediaan makanan.
Saya berharap
segala komen-komen yang telah saya terima dapat saya perbaiki pada masa amali
yang akan datang. Sekian….
dari cik meera
Pada kelas amali
masakan barat minggu ini, kami ditugaskan untuk menyediakan sarapan jenis
American breakfast. Antara menu yang kami sediakan ialah omelet, sunny-side up, poached egg, scramble egg, French toast dan
pancake. Pada minggu ini, unit saya telah ditugaskan untuk membuat tempahan
bahan. Jadi seminggu sebelum kelas amali bermula, saya dan ahli kumpulan saya
iaitu Syazwani telah membuat tempahan bahan mengikut resepi yang telah
diberikan oleh Encik Saiful Azhar.
Sebelum kami memulakan proses
memasak, terlebih dahulu Encik Saiful dengan spontan meminta kumpulan kami
untuk membuat demonstrasi menyediakan American breakfast ini. Semasa membuat
demonstrasi, saya agak kelam kabut
sedikit kerana saya tidak bersedia untuk melakukan demonstrasi tersebut. Tapi
Alhamdulillah dengan bantuan rakan-rakan, saya dapat menunjukkan demonstrasi
menyediakan pancake dan sunny-side up. Semasa demonstrasi itu, sesetengah
pelajar perlu mengambil peralatan di bilik peralatan. Jadi, tidak semua pelajar
melihat demonstrasi itu. Untuk penambahbaikan, saya berpendapat bahan-bahan dan
peralatan perlu disediakan terlebih dahulu sebelum kelas bermula supaya proses
p&p kelas amali ini berjalan dengan lancar.
Masalah yang dihadapi semasa
kelas amali ini ialah kekurangan bahan yang tidak mengikut seperti resepi yang
diberikan. Kami terpaksa menggunakan bahan yang sedia ada sahaja untuk membuat
hiasan hidangan kami. Selain itu, saya juga berasa kurang selesa dengan
kehadiran pembantu makmal yang lain yang turut sama memasak kerana ia boleh mengganggu proses p&p.
Mengenai masakan kami pula, saya
berasa amat berpuas hati dan bersyukur kerana mendapat komen positif daripada
rakan yang menilai. Saya berpendapat mengenai penilaian ini seelok-eloknya
penilai harus memberi markah supaya kami dapat mengetahui tahap penyediaan
masakan kami. Selain itu, tutor masakan juga boleh turut memberi komen terhadap
masakan kami.
Sekian, terima
kasih.
1 comments:
Undi adalah rahsia... hehe..
p/s: mencari di mana hilangnya info2 yg diberi sebelum kelas bermula... :)
Post a Comment