CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Monday, March 11, 2013

RefLeKsi DiaRi 3....

dari cik syaz...


Pada kelas amali masakan barat minggu ini, kami ditugaskan untuk menyediakan sarapan jenis American breakfast. Antara menu yang kami sediakan ialah omelet, sunny-side up, poached egg, scramble egg, French toast dan pancake. Pada minggu ini, unit saya telah ditugaskan untuk membuat tempahan bahan. Untuk bahagian sajian, kami dikehendaki memilih mana-mana hidangan telur untuk dihidangkan. Kami memilih scramble egg untuk di hidangkan.
Sebelum amali memasak bermula, kami sebagai AJK bahan di kehendaki untuk menunjukkan demonstari membuat scramble egg, omelet, poach egg, sunny-side up dan juga pancake. Setelah setelah demonstari kami diarahkan untuk mengambil peralatan untuk aktiviti memasak. Setelah selesai mengambil peralatan kami diarahkan untuk mengambil bahan. Setelah kesemua bahan dan peralatan diambil, aktiviti memasak dimulakan. Kami membahagikan tugas supaya aktiviti memasak dapat dilakukan dengan teratur. Tugas saya adalah untuk menyediakan pancake, scramble dan juga poached egg. Saya memulakan amali dengan menyediakan terlebih dahulu adunan penkek dan seterusnya membuat poach egg dan scramble egg. Hidangan yang lain ditugaskan kepada ahli kumpulan Saya iaitu Siti Amirah..
Setelah selesai memasak hidangan kami dinilai oleh kumpulan lapan. Hidangan kami mendapat banyak komen yang positif. Saya mendapati masalah yang dihadapi ketika melakukan amali ialah kekurangan bahan yang mungkin menyebabkan proses penyediaan makanan sedikit terganggu. Selain daripada itu, proses demonstrasi pada mulanya itu memakan sedikit masa. Proses demonstrasi ini juga sedikit mengganggu proses penyediaan makanan.
 Saya berharap segala komen-komen yang telah saya terima dapat saya perbaiki pada masa amali yang akan datang. Sekian….




dari cik meera

Pada kelas amali masakan barat minggu ini, kami ditugaskan untuk menyediakan sarapan jenis American breakfast. Antara menu yang kami sediakan ialah omelet, sunny-side up, poached egg, scramble egg, French toast dan pancake. Pada minggu ini, unit saya telah ditugaskan untuk membuat tempahan bahan. Jadi seminggu sebelum kelas amali bermula, saya dan ahli kumpulan saya iaitu Syazwani telah membuat tempahan bahan mengikut resepi yang telah diberikan oleh Encik Saiful Azhar.
                Sebelum kami memulakan proses memasak, terlebih dahulu Encik Saiful dengan spontan meminta kumpulan kami untuk membuat demonstrasi menyediakan American breakfast ini. Semasa membuat demonstrasi, saya agak  kelam kabut sedikit kerana saya tidak bersedia untuk melakukan demonstrasi tersebut. Tapi Alhamdulillah dengan bantuan rakan-rakan, saya dapat menunjukkan demonstrasi menyediakan pancake dan sunny-side up. Semasa demonstrasi itu, sesetengah pelajar perlu mengambil peralatan di bilik peralatan. Jadi, tidak semua pelajar melihat demonstrasi itu. Untuk penambahbaikan, saya berpendapat bahan-bahan dan peralatan perlu disediakan terlebih dahulu sebelum kelas bermula supaya proses p&p kelas amali ini berjalan dengan lancar.
                Masalah yang dihadapi semasa kelas amali ini ialah kekurangan bahan yang tidak mengikut seperti resepi yang diberikan. Kami terpaksa menggunakan bahan yang sedia ada sahaja untuk membuat hiasan hidangan kami. Selain itu, saya juga berasa kurang selesa dengan kehadiran pembantu makmal yang lain yang turut sama memasak  kerana ia boleh mengganggu proses p&p.
                Mengenai masakan kami pula, saya berasa amat berpuas hati dan bersyukur kerana mendapat komen positif daripada rakan yang menilai. Saya berpendapat mengenai penilaian ini seelok-eloknya penilai harus memberi markah supaya kami dapat mengetahui tahap penyediaan masakan kami. Selain itu, tutor masakan juga boleh turut memberi komen terhadap masakan kami.
Sekian, terima kasih.

1 comments:

bonjour

Undi adalah rahsia... hehe..
p/s: mencari di mana hilangnya info2 yg diberi sebelum kelas bermula... :)

Post a Comment