CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Monday, March 11, 2013

AmeRiCan bReAkFast 3.....

okay la..ni segmen yg last utk american breakfast...rjin ye syazmeera tulis tok breakfast ni ye..3 entri sumenye.trima kasih la kpd sesape yg setia menanti entri2 dr syazmeera ye..kikiki..tok entri ni, kte akn tgk mcm mne la nk buat french toast, sausage and baked beans dan pancake..sape suke makan sume ni angkt tangan..hehe..syazmeera pon first time mkn hidangan mcm ni u olll...so, meh kite lihat resepinyee..

FRENCH TOAST

Bahan2 :
     2 biji telur
     2 ½ tbsp susu segar
     1 tbsp mentega
     2 keping roti
      Garam

Cara penyediaan:
1.                   Kemaskan roti dengan memotong bahagian tepi roti. Langkah ini dikenali sebagai ‘trimmed’
2.                   Potong roti kepada 2 bahagian (jadikan bentuk segitiga)
3.                   Pukul telur bersama susu dan garam sehingga sebati.
4.                   Panaskan kuali dan cairkan mentega.


5.                 Celupkan roti ke dalam adunan cecair yang telah sebati dan masukkan ke dalam kuali sehingga roti 
            berwarna keperang-perangan.
simple je kn??





SAUSAGES & BAKED BEANS




bahan2 :
2 biji sosej
2 sudu kacang panggang

Cara penyediaan:
1.                   Rebus sosej dan toskan.
2.                   Susun atas pinggan dan letakkan kacang panggang.

sausage & baked beans dihidangkn dgn french toast & scramble egg


PANCAKE
bahan2 :
200 g tepung
20 g gula
5 g serbuk penaik
1 biji telur
330 ml susu segar
42 g minyak masak


Cara penyediaan:
1.   Campurkan semua bahan kering dan diayak.


2.   Kemudian campurkan pula bahan-bahan cair seperti telur yang telah dipukul bersama sus dan minyak.
3.   Satukan bahan basah ke dalam bahan kering dan gaul sehingga sebati.


4.   Panaskan kuali dan cairkan mentega bagi mengelakkan pancake daripada melekat.
5.   Tuangkan penkek di  tengah-tengah kuali dengan menggunakan ladle.

tekunnya cik syaz membuat penkek

6.    Masak penkek sehingga keperang-perangan.
7.    Hidangkan bersama madu, mentega atau jem.

cantik x???



fuhhh..tamat jugak edisi american breakfast ni..lpas siap2 masak mestila kena hidang kn..tadaaa..tgk la hasil masakan kami!!






seperti biasa, selepas menghias dan menghidang makanan, tibelah mase utk penilai komen masakan kami..alhamdulillah, komen yang kami terima daripada penilai amat memuaskan...tatasajian ok, rasa dan tekstur ok..semua ok la kecuali french toast yg agk keras sdikit..hihi..so, lepas je komen2, kami pn mula la menjamu selera...okee la...ni saje tuk entri ini..for refleksi, tnggu entri strusnya ya, iaitu penutup utk diari minggu 2..adioss...assalmualaikum.. :)








0 comments:

Post a Comment