assalamualaikum kawan2..syazmeera harap kawan2 semua shat alhamdulillah...syazmeera pasti ramai yang dah balik kampung masing2 sempena pilihan raya ni kan...seronoknya boleh balik kan...hehe..okey la..berbalik kepada topik asal iaitu pada minggu ini syazmeera still nak cerita pasal main course iaitu dengan menggunakan daging la pulak...minggu ni syazmeera telah menyediakan hidangan Roasted
Beef Roulade Served With Shallot Sauce Accompanied With Rice Pilaf and Chef
Selected Vegetables...waa..panjang kan nama menu ni..okey..sebelum syazmeera menerangkan menu ni, jom baca serba sedikit info mengenai menu minggu ini...
DAGING
daging merupakan sumber protein utama (kelas 1) daripada haiwan ternakan seperti kambing, kambing biri-biri, lembu dan sebagainya..daging terdiri daripada ikatan gentian otot yang panjang dan mengandungi air daging..gentian ini dicantum pula oleh tisu perantara dan mempunyai lemak..
pilihan daging ikut jenisnya:
- daging lembu - merah tua dan lemak berwarna kuning
- daging kambing - merah muda dan lemak berwarna putih keras
- daging anak lembu - merah jambu dan mempunyai sedikit lemak
pemilihan daging yang baik:
- berbau segar
- pejal, licin dan lembap bila dipegang
- ira halus dan sama
- lemak mesti pejal, tekstur rapuh dan tidak berbau
- jangan banyak tulang
- pilih yang sesuai untuk kaedah memasak
- tempat menjual bersih dan mempunyai peredaran udara yang baik
persediaan memasak:
- kenalpasti bahagian potongan daging
- jenis masakan
- basuh daging sebelum potong
- dingin beku dinyahkan
- hiris mengikut ira melintan-gentian pendek dan daging lembut
kesan haba ke atas daging:
- haba membuatkan hemoglobin bertukar kepada warna coklat
- pati timbul di permukaan seperti coklat
- lemak mencair
- protein membeku pada suhu 77ºC, otot mengecil dan mengeluarkan jus daging
- suhu tinggi pada permulaan memasak-kecilkan api apabila membeku
- kolagen menjadi gelatin dan larut
kaedah memasak :
Jenis
Daging
|
Memanggang
|
Menggril
|
Menggoreng
|
Merebus
|
Merendidih
|
Lembu
|
Rusuk batang pinang
|
Stik batang pinang
|
Stik batang pinang
|
Tulang pinggul,
lambung dada
|
Stik punggung chuck,
lambung, tulang kering
|
Anak lembu
|
Bahu, batang leher,
pinggang, dada
|
Chop
|
Bahu, batang leher,
dada. Sendi lutut
|
||
Kambing
|
Kaki, sulbi, dada,
pangkal leher
|
Chop katlet, chop
chunk
|
Chop
|
Kaki
|
Dada tengah, leher
|
bahagian2 lembu |
NASI PILAF @ PILAF RICE
- juga dikenali dengan nama pilau, peleau dan plov
- hidangan biasa bagi masyarakat Timur Tengah, Amerika Latin dan Afrika Tengah
- nasi ditumis terlebih dahulu dan kemudian dimasak dalam cecair sehingga cecair diserap bersama dengan bahan perasa seperti stok, herba dan rempah
- biasanya nasi akan dibakar atau dikukus selepas ditumis
prosedur memasak nasi pilaf :
jenis2 nasi pilaf:
- Tomato pilaf
- Spanish pilaf
- Turkish pilaf
- Cracked wheat pilaf
- Orzo pilaf
- Barley pilaf
okayy..dah abis baca belum info2 di atas??hehe..sekarang jom kita tengok macam mana la nak sediakan hidangan Roasted Beef Roulade Served With Shallot Sauce Accompanied With Rice Pilaf and Chef Selected Vegetables..
0 comments:
Post a Comment