CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Sunday, May 19, 2013

diAri 12 : DeSseRt...


Assalamualaikum kawan2 semua..syazmeera harap semuanya sihat2 semua ye..okay..for your information, minggu ni merupakan minggu last syazmeera menjalankan aktiviti amali..so, that’s mean ni merupakan post terakhir syazmeera mengenai masakan Barat..waa,,sedih la plak ye..tapi takpe..in sha Allah, nanti syazmeera akan update lagi mengenai masakan Barat di blog ini walaupun kelas amali sudah tidak dijalankan lagi..hehe
Okay..pada minggu ini adalah bertemakan pencuci mulut, iaitu hidangan yang paling akhir dihidangkan selepas hidangan utama..Terdapat pelbagai pencuci mulut dalam masakan Barat iaitu termasuk kek, kuih, biskut, pastri, ais krim, pudding dan gula-gula. Buah-buahan juga banyak terdapat di dalam hidangan pencuci mulut kerana kemanisan semula jadi.
Pencuci mulut biasanya mengandungi gula atau ejen pemanis. Pencuci mulut mengandungi pelbagai bahan-bahan yang menghasilkan hidangan yang berbeza dari segi rasa, tekstur dan penampilan. Bahan-bahan yang biasa digunakan dalam menyediakan pencuci mulut ialah tepung, susu, telur dan rempah. 
Gula adalah sangat penting dalam pencuci mulut kerana selain memberi rasa manis, gula juga menyumbang kepada protein dan memberikan struktur pencuci mulut. 
Tepung serbaguna atau tepung pastri pula mempunyai rangkaian gluten yang kurang kuat dalam menghasilkan tekstur yang berbeza. 
Banyak pencuci mulut juga mengandungi telur untuk membentuk kastard atau membantu dalam peningkatan dan penebalan bahan seperti kek. Putih telur boleh bertindak sebagai ejen penaik apabila protein mengembang. 
Pencuci mulut juga mengandungi pelbagai rempah dan ekstrak untuk mempelbagaikan rasa. Contohnya, garam yang boleh mengimbangkan rasa sesuatu hidangan. Kesemua ramuan ini telah menyumbang kepada pencuci mulut dan memberikan pencuci mulut yang berbeza... 










 PAVLOVA (Cold)
 Bahan
 2 biji           putih telur
 100g           gula kastor
 1 tsp           tepung jagung
 1 tsp           esen vanila
 1 tsp           cuka masakan
 100 ml         krim putar
 50g             strawberi
 50g             kiwi
 50g             mangga
 ½ tsp          garam

Cara penyediaan
1.   Panaskan oven ke suhu 150°C. Alaskan dulang pembakar dengan kertas minyak.
2.   Putarkan putih telur dan garam sehingga gebu. Tambahkan gula sedikit demi sedikit ke dalam adunan. Putar laju selama 3 minit atau sehingga adunan menjadi gebu berkilat.
3.   Tambahkan tepung jagung, cuka masakan dan esen vanila. Putar sehingga kental. (meringue)
4.   Gunakan spatula untuk mengaup meringue dan masukkan ke dalam dulang pembakar.
5.   Bakar selama 1 jam pada suhu 120 °C. Pavloava seharusnya berasa kering rapuh apabila disentuh. Tutup api oven dan biarkan sejuk di dalam oven.
6.   Putar whipped cream sehingga kental. Letakkan atas pavlova dan hias dengan buah-buahan.













 MANGO MOUSSE (Cold)


 Bahan

 1 biji            mangga (dicencang halus)
 ½  biji          lemon (diambil jus)
 ½ cwn          gula aising (diayak)
 1 tbsp          gelatin
 ¼ cup          hot water
 300g            krim putar
 Air

Cara penyediaan
1.   Kisar mangga bersama jus lemon dan aising sugar.
2.   Larutkan gelatin dalam air panas. Tuangkan ke dalam kisaran mangga dan kacau sebati.
3.   Masukkan whipped cream dan kacau sebati. Hidang dalam bekas yang sesuai.











 APPLE PIE (Hot)


 Bahan kulit pai
 250g           tepung serbaguna
 100g           mentega
 75g             gula aising
 1 biji           telur


 Cara Penyediaan Doh
 1.   Gaulkan tepung, mentega, gula dan uli  sehingga adunan  
 menjadi seperti berderai.
 2.   Kemudian masukkan telur dan gaul sehingga ia menjadi 
 doh yang lembut.


 Bahan inti pai
 2 biji epal
 100g gula perang
 1tbsp gula kastor
 50g kismis
 ½  inci kulit kayu manis
 ½ tbsp tepung jagung
 50 ml air

Cara penyediaan inti pai
1.   Potong dadu epal dan masak bersama gula perang dan gula kastor.
2.   Setelah gula larut, masukkan kulit kayu manis dan gaul sehingga naik bau.
3.   Apabila epal hampir empuk, masukkan tepung jagung yang dicampur air agar inti menjadi sedikit pekat.
4.   Biarkan sejuk setelah inti masak.


 Cara penyediaan Pai
 1.   Giling atau rolkan adunan doh tadi sehingga rata dan 
 sama tebal.
 2.   Letakkan inti yang telah dimasak tadi ke atas doh yang 
 telah digiling.
 3.   Lipat doh tersebut kepada dua bahagian dan potong 
 bahagian doh yang berlebihan agar pai kelihatan cantik dan 
 kemas.
 4.   Setelah siap, sapukan telur ke atas permukaan kulit pai. 
 Bakar selama 30-40 minit dengan suhu 180 °C.








0 comments:

Post a Comment