Assalamualaikum kawan2
semua..seperti biasa, kita bertemu lagi untuk membincangkan tentang masakan
barat...tanpa membuang masa lagi, saya memperkenalkan tajuk entri pada minggu
ini iaitu main course yang menggunakan ikan..kalau minggu lepas, syazmeera dah terangkan
serba sedikit mengenai main course dan main course yang menggunakan ayam..so,
minggu ini ikan la plak ye...hehe..sebelum syazmeera memberikan resepi main
course yang menggunakan ikan, jom kita baca sedikit perkara2 tentang ikan...cek
dis out!
Ikan bertindak sebagai sumber
protein yang lengkap dalam hidangan sepinggan lengkap untuk hidangan utama
masakan barat ini..Ikan diklasifikasikan kepada dua jenis iaitu:
Ikan isi
putih
|
Ikan berminyak
|
|
|
Pemilihan ikan:
~ Ikan yang segar, tidak busuk
~ Isi yang pejal, mata jernih, timbul dan bukan merah
~ Insang berwarna merah
~ Ikan yang bersisik, mempunyai sisik
~ Ekor ikan keras dan tegak
Penyediaan sajian :
- Whole fish (seekor)
- Drawn fish (ikan yang telah dibuang organ dalaman)
- Dressed fish (ikan yang telah dibuang kepala dan organ dalaman)
- Steaks (ikan yang dipotong secara cross section mengikut ketebalan 3/4 to 1 inch)
- Fillets (kepingan isi ikan tanpa tulang) *rujuk entri diari 4 untuk cara2 fillet ikan.....http://syazmeera8990.blogspot.com/2013/03/diari-4-stock-thickening-agent-sauce.html
Kaedah2 dalam penyediaan hidangan ikan :
- Haba kering (bakar, panggang, goreng)
- Haba lembap (rebus, saute, poach, kukus)
- Marinated (ikan yang diperisakan dengan rempah, herba atau sos)
okay, dah tau pasal ikan, jom kite tengok macam mana nak sediakan plak ye..menu pada minggu ini ialah pan fried sea bass served with kiwi glaze accompanied with crispy hash brown and chef selected vegetables..jom cek dis out!
Daun parsli-dicincang 5 gm
Minyak zaitun 20 ml
Cara penyediaan :
1. Sea bass hendaklah di 'fillet'. Hiris seekor ikan sea bass..
2. Perapkan dengan garam, lada sulah, paprika dan sedikit minyak zaitun selama 20 minit. kemudian goreng tohor..
Bahan B : Kiwi Glaze
Buah kiwi - dikisar 2 biji
Lemon - jus 1 biji
Mentega 1-2 tbsp
Bunga lawang 1 biji
Gula perang secukup rasa
Garam dan lada sulah secukup rasa
Cara Penyediaan :
1. Masukkan kesemua bahan dalam kuali dan didihkan sehingga sedikit pekat..
2. Tapis glaze setelah pekat..Perasakan...
Bahan C : Crispy Hash Brown
Kentang 2 biji
Minyak zaitun 2 tbsp
Garam dan lada sulah secukup rasa
Cara penyediaan :
1. Kupaskan kulit kentang..Parut kentang dan keluarkan air/lembapan yang masih ada pada kentang..
2. Panaskan minyak di dalam kuali..Goreng kentang di dalam kuali sehingga keperangan..
3. Perasakan..
Bahan D : Chef selected vegetables
Tomato ceri 50 g
Brokoli 50 g
Asparagus 50 g
Garam dan lada sulah secukup rasa
Cara penyediaan :
1. Saute atau blanching sayur sehingga agak masak..
2. Perisakan dengan garam dan lada sulah jika perlu..
ini lah hasilnya..tadaaa
|