CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Sunday, May 5, 2013

DIArI 10 : MaiN cOuRsE....DaGinG...


assalamualaikum kawan2..syazmeera harap kawan2 semua shat alhamdulillah...syazmeera pasti ramai yang dah balik kampung masing2 sempena pilihan raya ni kan...seronoknya boleh balik kan...hehe..okey la..berbalik kepada topik asal iaitu pada minggu ini syazmeera still nak cerita pasal main course iaitu dengan menggunakan daging la pulak...minggu ni syazmeera telah menyediakan hidangan Roasted Beef Roulade Served With Shallot Sauce Accompanied With Rice Pilaf and Chef Selected Vegetables...waa..panjang kan nama menu ni..okey..sebelum syazmeera menerangkan menu ni, jom baca serba sedikit info mengenai menu minggu ini... 

DAGING

daging merupakan sumber protein utama (kelas 1) daripada haiwan ternakan seperti kambing, kambing biri-biri, lembu dan sebagainya..daging terdiri daripada ikatan gentian otot yang panjang dan mengandungi air daging..gentian ini dicantum pula oleh tisu perantara dan mempunyai lemak..

pilihan daging ikut jenisnya:
  • daging lembu - merah tua dan lemak berwarna kuning
  • daging kambing - merah muda dan lemak berwarna putih keras
  • daging anak lembu - merah jambu dan mempunyai sedikit lemak


pemilihan daging yang baik:
  • berbau segar
  • pejal, licin dan lembap bila dipegang
  • ira halus dan sama
  • lemak mesti pejal, tekstur rapuh dan tidak berbau
  • jangan banyak tulang
  • pilih yang sesuai untuk kaedah memasak
  • tempat menjual bersih dan mempunyai peredaran udara yang baik

persediaan memasak:
  • kenalpasti bahagian potongan daging
  • jenis masakan
  • basuh daging sebelum potong
  • dingin beku dinyahkan
  • hiris mengikut ira melintan-gentian pendek dan daging lembut
kesan haba ke atas daging:
  • haba membuatkan hemoglobin bertukar kepada warna coklat
  • pati timbul di permukaan seperti coklat
  • lemak mencair
  • protein membeku pada suhu 77ºC, otot mengecil dan mengeluarkan jus daging
  • suhu tinggi pada permulaan memasak-kecilkan api apabila membeku
  • kolagen menjadi gelatin dan larut

kaedah memasak :
Jenis Daging
Memanggang
Menggril
Menggoreng
Merebus
Merendidih
Lembu
Rusuk batang pinang
Stik batang pinang
Stik batang pinang
Tulang pinggul, lambung dada
Stik punggung chuck, lambung, tulang kering
Anak lembu
Bahu, batang leher, pinggang, dada


Chop



Bahu, batang leher, dada. Sendi lutut
Kambing
Kaki, sulbi, dada, pangkal leher
Chop katlet, chop chunk
Chop
Kaki
Dada tengah, leher




bahagian2 lembu

NASI PILAF @ PILAF RICE
  • juga dikenali dengan nama pilau, peleau dan plov
  • hidangan biasa bagi masyarakat Timur Tengah, Amerika Latin dan Afrika Tengah
  • nasi ditumis terlebih dahulu dan kemudian dimasak dalam cecair sehingga cecair diserap bersama dengan bahan perasa seperti stok, herba dan rempah
  • biasanya nasi akan dibakar atau dikukus selepas ditumis

prosedur memasak nasi pilaf :
jenis2 nasi pilaf:
  • Tomato pilaf
  • Spanish pilaf
  • Turkish pilaf
  • Cracked wheat pilaf
  • Orzo pilaf
  • Barley pilaf


okayy..dah abis baca belum info2 di atas??hehe..sekarang jom kita tengok macam mana la nak sediakan hidangan Roasted Beef Roulade Served With Shallot Sauce Accompanied With Rice Pilaf and Chef Selected Vegetables..




Roasted Beef Roulade Served With Shallot Sauce Accompanied With Rice  Pilaf and Chef Selected Vegetables

 Bahan A : Roasted Beef Roulade

     ~ 200g daging batang pinan
     ~ 2tbsp sos Worcestershire
     ~ 1tbsp oregane
     ~ 1tsp thyme
     ~ 1 tangkai seleri
     ~ 1 biji bawang Holland
     ~ 50g keju mozzarella
     ~ Garam dan paprika (seckup rasa)


 Langkah penyediaan:

 1. Daging mestilah diketuk dengan menggunakan 'tenderizer'.
 2. Sapukan  sos Worcestershire ke atas daging. Perasakan dengan lada sulah dan garamPerap selama 20-30minit.
 3. Potong ‘selery’ secara ‘julienne’ dan susun atas daging. bawng dan bawang putih yang telah dicincang halus juga hendaklah ditabur atas daging bersama ‘mozarella cheese’.
 4. Kemudian, gulung daging bersama isinya dengan kemas dan ikat dengan ‘kitchen twine’ menggunakan kaedah ‘trussing’.


daging yang siap untuk dibakar



Bahan B : Shallot Sauce
     
  • 2 biji bawang merah-dicincang
  • 1 helai daun bay
  • 3g lada hitam
  • 2tsp serbuk demiglace
  • Garam dan lada sulah (secukup rasa)
        Langkah penyediaan :
         1. Panaskan ‘olive oil’. ‘Saute shallots’ yang telah dicincang   
         halus bersama bay leaf dan peppercorn sehingga naik bau.
         2. Masukkan demiglaze. Masak sehingga pekat dan perasakan 
        dengan salt dan pepper.




            Bahan C : Rice Pilaf
  • 150 g Beras Basmathi    
  • 10gm mentega             
  • 25 gm bawang-dicincang          
  • 25 g daun Basil                       
  • 30g parsli-dicincang                
  •  100ml stok ayam                        
  •  Garam dan lada hitam
  •  Air
         Langkah penyediaan:
        1. Basuh beras hingga bersih dan toskan.
        2. Saute bawang besar dalam periuk. Masukkan beras, garam dan lada sulah.Masak 3 minit dengan api perlahan.
                  3. Sauté beras.
           4. Masukkan stok ayam dan juga daun basil dan daun parsli. Kacau beras dan biarkan mendidih.
                 5. Angkat dan masukkan dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada suhu 180 °C selama 15-20 minit.




        Bahan D : Chef selected vegetables

                      ·              50g Asparagus               
·              100g Bunga kubis            
·              3-5 biji Tomato ceri




           Menu tambahan : Pommes Croquettes

        Bahan2:
           ~ 4 biji kentang
           ~ 1 biji telur kuning
           ~ 15 g mentega
           ~ 300 ml minyak masak
           ~ Garam dan lada hitam

       Langkah penyediaan :
1. Rebus kentang sehingga empuk. Lecek dan masukkan telur, marjerin, garam dan lada sulah.
2.   Bentukkan silinder. Salutkan dengan tepung.
3.   Celup dengan telur dan salut dengan serbuk roti.
4.   Goreng dengan minyak yang banyak.

yummy!!




    dh siap semua, hiaskan cantik2 di atas pinggan..selamat mencuba ye kawan2..byee..assalamualaikum..:)


   






Saturday, April 27, 2013

DiaRi 9 : mAin CouRse...iKan...



Assalamualaikum kawan2 semua..seperti biasa, kita bertemu lagi untuk membincangkan tentang masakan barat...tanpa membuang masa lagi, saya memperkenalkan tajuk entri pada minggu ini iaitu main course yang menggunakan ikan..kalau minggu lepas, syazmeera dah terangkan serba sedikit mengenai main course dan main course yang menggunakan ayam..so, minggu ini ikan la plak ye...hehe..sebelum syazmeera memberikan resepi main course yang menggunakan ikan, jom kita baca sedikit perkara2 tentang ikan...cek dis out!

Ikan bertindak sebagai sumber protein yang lengkap dalam hidangan sepinggan lengkap untuk hidangan utama masakan barat ini..Ikan diklasifikasikan kepada dua jenis iaitu:


Ikan isi putih
Ikan berminyak
  •  Mempunyai tekstur yang halus.
  • Terdapat sedikit lemak atau tiada lemak
  • Mudah dihadam dan sesuai untuk kanak-kanak..
  • Contoh ikan : kerapu, siakap dan salmon.



  • Tekstur yang kasar dan berwarna gelap.
  • Mempunyai lemak di seluruh isi ikan.
  • Sukar dicerna dan dihadam. Kurang sesuai untuk kanak-kanak.
  • Contoh ikan : ikan tongkol dan ikan cencaru.









Pemilihan ikan:
Ikan yang segartidak busuk
Isi yang pejalmata jernihtimbul dan bukan merah
Insang berwarna merah
Ikan yang bersisikmempunyai sisik
Ekor ikan keras dan tegak


Penyediaan sajian :

  • Whole fish (seekor)



  • Drawn fish (ikan yang telah dibuang organ dalaman)


  • Dressed fish (ikan yang telah dibuang kepala dan organ dalaman)



  • Steaks (ikan yang dipotong secara cross section mengikut ketebalan 3/4 to 1 inch)




Kaedah2 dalam penyediaan hidangan ikan :
  • Haba kering (bakar, panggang, goreng)
  • Haba lembap (rebus, saute, poach, kukus)
  • Marinated (ikan yang diperisakan dengan rempah, herba atau sos) 

okay, dah tau pasal ikan, jom kite tengok macam mana nak sediakan plak ye..menu pada minggu ini ialah pan fried sea bass served with kiwi glaze accompanied with crispy hash brown and chef selected vegetables..jom cek dis out!


 Pan fried sea bass served with kiwi glaze accompanied with crispy hash brown and chef selected vegetables

Bahan A : Pan fried sea bass

Fillet ikan siakap           200 gm
Daun parsli-dicincang    5 gm
Minyak zaitun               20 ml
Garam dan lada sulah    secukup rasa
Paprika                         secukup rasa

Cara penyediaan :
1. Sea bass hendaklah di 'fillet'. Hiris seekor ikan sea bass..
2. Perapkan dengan garam, lada sulah, paprika dan sedikit minyak zaitun selama 20 minit. kemudian goreng tohor..



Bahan B : Kiwi Glaze

Buah kiwi - dikisar           2 biji
Lemon - jus                     1 biji
Mentega                          1-2 tbsp
Bunga lawang                  1 biji
Gula perang                     secukup rasa
Garam dan lada sulah       secukup rasa      

Cara Penyediaan :
1. Masukkan kesemua bahan dalam kuali dan didihkan sehingga sedikit pekat..
2. Tapis glaze setelah pekat..Perasakan...



Bahan C : Crispy Hash Brown

Kentang                         2 biji
Minyak zaitun                 2 tbsp
Garam dan lada sulah     secukup rasa

Cara penyediaan :
1. Kupaskan kulit kentang..Parut kentang dan keluarkan air/lembapan yang masih ada pada kentang..
2. Panaskan minyak di dalam kuali..Goreng kentang di dalam kuali sehingga keperangan..
3. Perasakan..





Bahan D : Chef selected vegetables

Tomato ceri                    50 g
Brokoli                           50 g
Asparagus                      50 g
Garam dan lada sulah      secukup rasa

Cara penyediaan :
1. Saute atau blanching sayur sehingga agak masak..
2. Perisakan dengan garam dan lada sulah jika perlu..



ini lah hasilnya..tadaaa











Sunday, April 21, 2013

DiAri 8 : mAiN cOurSe...ChicKeN...


Assalamualaikum kawan2..berjumpa lagi kita di entri ini..cuba kawan tengok gambar di atas...nampak sedap tak??hehe..syazmeera saje nak buat kawan2 rasa lapar di petang2 hari macam ni..hehe..okay la..pada minggu ini syazmeera akan menerangkan serba sedikit mengenai main course atau pun dalam bahasa malaysia nya ialah hidangan utama..pada entri2 sebelum ini syazmeera dah terangkan pasal appetizer, so sekarang meh kita kenali apa yang terdapat pada main course masakan barat ini...

Main course dihidangkan selepas hidangan pembuka selera (appetizer) dan sebelum pencuci mulut (dessert)..main course merupakan set penghidang lengkap yang merangkumi hidangan utama termasuk lah hidangan pengiring..antara contoh-contoh hidangan utama masakan barat yang popular dan biasa terdapat di negara kita ialah chicken chop, beef steak, lamb chop dan fish & chip..betul tak kawan2??

Bahan utama dalam main course ialah bertumpu kepada bahan yang mempunyai sumber protein yang tinggi seperti ayam, ikan dan daging..selain sumber protein ini, main course juga dihidangkan bersama sos seperti black pepper sauce, mushroom sauce, brown sauce dan sos salad seperti sos thousand island dan sos tartar...selain itu, terdapat juga hidangan pengiring yang memberikan sumber vitamin, karbohidrat seperti sayur-sayuran dan ubi kentang...

beef steak
chicken chop
               



nampak sedap kan...okay la..pada minggu ini, bukan resepi chicken chop atau beef steak yang syazmeera akan terangkan..tetapi sejenis main course masakan barat yang dinamakan stuffed chicken served with spinach sauce accompanied with wedges potato and sauted broccoli with carrot...fuhh..panjangnyeee nama..sila rujuk gambar paling atas kalau kawan2 nak tahu...:)..jom kita tengok langkah penyediaan main course ini...


Stuffed Chicken Served With Spinach Sauce Accompanied With Wedges Potato And Sauted Broccoli With Carrot...

Bahan A : Stuff Chicken

Kuantiti
Bahan-bahan
 2 keping
 Dada ayam
 45 g
 Sayur bayam-dicelur
 20 g
 Mentega
 60 g
 Bawang
 100 g
 Cendawan butang
 5 g 
 Parsley
 5 g
 Thyme
 1 helai
 Daun bay
 30 g 
 Keju mozarella
 1 biji
 Telur
 50 g
 Tepung
 300 ml
 Minyak masak
 5 g
Garam
 5 g
Lada sulah



Langkah penyediaan:
1. cairkan mentega..saute bahan yang telah dicincang beserta parsli dan thyme..perisakan dengan garam dan lada sulah..
2. Belah dan buka dada ayam..ketuk sehingga nipis dan lebar..
3. Letakkan bahan yang telah disaute beserta keju yang dihiris nipis di atas kepingan ayam..gulungkan ayam dan cucuk dengan menggunakan toothpick untuk mendapatkan bentuk..
4.Sapu dengan telur dan golekkan atas tepung berperisa..goreng sehingga masak dan buangkan toothpick pada ayam..







Bahan B : Spinach Sauce

Kuantiti
Bahan-bahan
25 g
Mentega
25
Tepung
150 ml
Stok ayam
45 g
Bawang                     
1 peket
Sayur bayam
2 tbsp
Whipping cream
1 helai
Daun bay
5 g
Garam
5 g
Lada sulah



Langkah penyediaan:

1. Sediakan roux..masukkan bahan yang telah dikisar iaitu stok ayam, bawang dan sayur bayam..
2. Masukkan daun bay. masak sos hingga pekat..
3. Masukkan whipping cream dan kacau sehingga pekat..perasakan..




Bahan C : Potato Wedges 

Kuantiti
Bahan-bahan
2 biji
Kentang
3 g
Paprika
3 g
Lada sulah
2 g
Garam
4 g
Tepung
300 ml
Minyak masak



Langkah penyediaan:

1. Rebus kentang sehingga sedikit lembut..
2. Potong kentang mengikut potongan wedges dan perisakan dengan paprika, lada sulah, garam dan tepung..
3. Panaskan minyak dan goreng potato wedges sehingga bewarna kuning keemasan..



Bahan D : Sauted Broccoli & Carrot


Kuantiti
Bahan-bahan
1 tbsp
Mentega
50 g
Brokoli
50 g
Lobak merah
3 g
Garam
3 g
Lada sulah


Cara Penyediaan :
1. Saute sayuran sehingga agak masak..
2. Perisakan dengan garam dan lada sulah jika perlu..







haa...dah siap sediakan semua bahan-bahan di atas, masukkan di dalam pinggan main course dan hiaskan mengikut kreativiti..tadaaaa




bagi yang ingin try masak ni, selamat mencuba..okay la..hanya setakat ni sahaja untuk entri ini..jumpa di entri seterusnya pada minggu hadapan yee...nak tahu entri apa, stay tuneee....ok la..adios..bye2..assalamualaikum..:)